PENGENALAN
FAIRWORKS pemaju perumahan dan hartanah dimana 100% pemilikannya adalah Bumiputera.SDN BHD mula didaftarkan pada 08 April 2013, di LOT 2274 TINGKAT 1,JALAN PDS 1, OFF JALAN AU3/1 , TAMAN SEPAKAT , 54200 KUALA LUMPUR.
FAIRWORKS SDN BHD mula beroperasi di LOT 83, KAMPUNG PERAMU, 26060 KUANTAN, PAHANG. Sejak mula beroperasi, syarikat ini telah dapat menggabungkan kontraktor-kontraktor perumahan yang berpengalaman luas di dalam bidang masing-masing. Berdasarkan pengalaman dalam industri perumahan dan hartanah , FAIRWORKS SDN BHD yakin dan mampu memberikan khidmat terbaik dalam menyediakan rumah yang selesa dan berkualiti kepada pelanggan.
Syarikat ini diuruskan sepenuhnya oleh Encik Hasnishah Bin Idris selaku Pengarah Syarikat dan dibantu beberapa kakitangan yang berpengalaman luas serta berkebolehan dalam pengurusan syarikat dan hal-hal yang berkaitan dengan industri pembinaan perumahan dan hartanah supaya dapat melaksanakan kerja-kerja dengan lebih berkualiti dan pantas.
MISI KOPERAT
FAIRWORKS SDN BHD mempunyai misi untuk menjadi sebuah syarikat pemaju perumahan dan hartanah yang berjaya serta di hormati melalui pembangunan , perkhidmatan dan komitmen yang jitu.
Syarikat kami juga akan memastikan agar kami mendapat pulangan yang berterusan untuk mengukuhkan dan menstabilkan syarikat serta membuka ruang dengan perancangan yang lebih efisyen. Dengan ini kami dapat menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti.
Justeru menjadikan ia sebagai pencetus kepada bumiputera yang lain untuk melibatkan diri dalam industri pemaju perumahan dan hartanah yang semakin berkembang di Malaysia.
WAWASAN SYARIKAT
FAIRWORKS SDN BHD merupakan sebuah syarikat pemaju perumahan dan hartanah yang kian berkembang maju, merancang secara serius untuk membangunkan sesebuah organisasi perniagaan milik penuh bumiputera yang berdaya saing di dalam era teknologi.
Dengan pengalaman yang ada dan sokongan daripada pelbagai pihak, kami berkeyakinan dapat membangun dengan mantap, berkualiti dan selaras dengan masa hadapan ke arah Wawasan 2020 akan tercapai.

